Monday 15 September 2014

Irsyad kawen daaa

Semalam punya cerita. Tahniah kpd Irsyad n Hidayah, semoga berkekalan smpai ke akhir hayat... ^_^

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair. (Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan)

Aamiinn.. ^_^

P/S: Doa barakallah laka smpailah fi kulli khair itu td merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW

Saturday 13 September 2014

Waspada lah dari riya' dan ujub, ia membinasakanmu!

Riya' dan ujub menimpa orang-orang yang beramal soleh, bukan orang-orang yang berbuat maksiat. Sifat ini lebih berbahaya daripada maksiat, kerana pelaku maksiat mereka mengetahui bahawa dirinya berdosa dan ia mudah bertaubat, namun orang-orang yang riya' dan ujub, mereka menyangka amalan solehnya itu diterima oleh Allah. 

Berhati-hati... 

Monday 8 September 2014

Wednesday 3 September 2014

Jangan merasa diri lebih baik dari orang lain - Imam al-Haddad

"Saya berpesan hendaknya kamu tidak merasa dirimu lebih baik dari orang lain. Apabila perasaan itu terlintas dalam hatimu, sedarilah segera betapa kamu sudah seringkali melakukan kesalahan-kesalahan di masa lalu. Bagaimanapun juga seorang yang berakal sihat pasti mengetahui bahawa dirinya sendiri penuh dengan pelbagai aib dan kesalahan. Maka hendaknya ia meyakini hal itu dan tidak meragukannya sedikitpun." Al-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad